okus

PROFIL SEKOLAH


SEJARAH SEKOLAH
 
 
 
           SK Rantau Panjang telah ditubuhkan pada awal tahun 1940an di Kampung Rantau Panjang. Sekolah ini terletak di tapak balai raya Kampung Rantau Panjang yang ada sekarang. Sekolah ini dinamakan sempena nama kampung di mana sekolah ini didirikan iaitu Kampung Rantau Panjang.

Pada masa itu murid – murid hanya  seramai 25 orang dan diajar oleh 2 orang guru sahaja. Guru Besar yang pertama ialah En Abdul Manan. Murid – murid belajar dalam satu kelas tanpa kerusi dan meja. Mereka duduk bersila di atas lantai bersimen . Bumbung sekolah berbentuk limas dan atapnya diperbuat daripada daun rumbia, tiangnya daripada kayu mahang dan berdinding buluh sekerat. Bangunan ini didirikan hasil dari kerja gotong- royong orang kampung.

PENGASAS SEKOLAH


En Abdul Manan ialah orang pertama yang menjadi Guru Besar sekolah ini. Beliau berasal dari Jeram, Sungai Buloh dan dilahirkan pada tahun 1913.  Beliau datang ke sekolah dengan menaiki basikal.

Guru Besar dan hanya seorang guru lain merupakan tenaga pengajar yang mengajar murid-murid pada masa itu. Pentadbiran sekolah pada masa itu adalah di bawah pentadbiran Kerajaan British. Murid lelaki berbaju putih dan berseluar pendek berwarna hitam serta bersongkok. Murid perempuan pula berbaju kurung , berkain hitam dan bertudung.

Dalam jadual waktu belajar, murid-murid diajar dengan menggunakan tulisan rumi dan jawi secara berselang hari. Mata pelajaran yang diajar ialah Bahasa Melayu, Matematik dan Agama Islam. Bahasa Inggeris hanya akan diajar bagi murid Darjah 3. Manakala aktiviti kokurikulum adalah berkebun iaitu menanam ubi kayu dan pisang.

 

 PERLEMBAGAAN SEKOLAH

Pada zaman perang dan darurat, SK Rantau Panjang dipindahkan ke Sungai Tinggi dengan menggunakan nama Sekolah Kebangsaan Sungai Tinggi. Sekolah ini berada di bawah pentadbiran British sehinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Pada Tahun 1967, Sekolah Kebangsaan ini telah dipindahkan semula ke tapak lama kerana bangunan sekolah yang baru telah disiapkan.

 PERKEMBANGAN FIZIKAL SEKOLAH

Pada awal tahun 1940an, SK Rantau Panjang hanya merupakan sebuah pondok yang diperbuat daripada papan, bertiang nibong dan beratap rumbia. Pondok tersebut dibahagi-bahagikan untuk dijadikan bilik darjah. Apabila berpindah ke Sungai Tinggi, keadaannya begitu juga Cuma perbezaannya bangunan sekolah ada dua buah , sebuah berlantaikan simen dan sebuah lagi tidak. Atapnya dari zink dan apabila hujan lebat air akan masuk ke dalam bilik darjah. Keadaan fizikal sekolah secara keseluruhan perlu dibaiki.
          Pada awal tahun 1966, bangunan SK Rantau Panjang yang baru telah dibina di tapak lama di Kampung Rantau Panjang. Bangunannya telah siap pada tahun 1967. Murid – murid daripada SK Sungai Tinggi dipindahkan ke sekolah yang baru di Rantau Panjang pada penggal kedua persekolahan pada tahun 1967. Bangunan baru ini mempunyai 6 bilik darjah, pejabat Guru Besar, kantin dan tandas. Jumlah murid adalah seramai 240 orang. Sekolah ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor iaitu pada 23.9.1967. Pada tahun 1971, banjir besar telah telah melanda sekolah ini dan mengakibatkan banyak fail-fail serta peralatan sekolah rosak.
          Pertambahan murid tahun demi tahun amat menggalakkan . Untuk mengatasi masalah ini, sebuah bangunan satu tingkat yang baru telah dibina dan siap pada tahun 1983.
          Faktor perkembangan ekonomi Negara telah mempengaruhi pertambahan murid di sekolah ini. Berhampiran dengan sekolah ini terdapat kawasan lombong bijih timah, ladang kelapa sawit ,ladang getah yang luas dan kilang perabot.

Sekolah masih menghadapi kekurangan bilik darjah kerana bangunan yang sedia ada hanya mengandungi 6 bilik darjah. Pada masa itu, sekolah mempunyai 15 kelas dan sebahagian murid-muridnya terpaksa ditumpangkan di bangunan Sekolah Agama Rantau Panjang. Sekali lagi atas usaha dan keprihatinan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor bersama Pejabat Pendidikan Negeri Selangor, sebuah bangunan kilat telah dibina. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1986. Memandangkan pertambahan murid dari tahun ke tahun begitu menggalakkan, sebuah lagi bangunan satu tingkat yang mengandungi 6 bilik darjah dibina dan telah siap pada tahun 1988.
                                                    

LENCANA SEKOLAH
 
 
 
 

PENGENALAN :

1.    Lencana sekolah ini berasaskan corak geometri melambangkan KEMAJUAN

2.    WARNA :        Mengandungi 5 warna iaitu :

a)    KUNING melambangkan warna diraja. Dalam sukan , warna ini digunakan oleh Rumah Kuning yang bermottokan ‘SEMANGAT’.

b)    BIRU melambangkan keharmonian dan perjuangan. Dalam sukan, warna ini digunakan oleh Rumah Biru yang bermottokan ‘BERJUANG’.

c)    MERAH melambangkan keberanian. Dalam sukan, warna ini digunakan oleh Rumah Merah yang bermottokan  ‘MAJU’.

d)    HIJAU melambangkan keislaman dan kesuburan. Dalam sukan, warna ini digunakan oleh Rumah Hijau yang bermottokan ‘BERJAYA’.

e)    PUTIH melambangkan kesucian.

3.    Burung melambangkan ‘KEBEBASAN’.

4.    Matahari dan Gunung melambangkan usaha untuk mencapai cita – cita / kejayaan.

5.    Pokok pisang kaki sebagai memperingati bermulanya SK Rantau Panjang. Di tanam sejak bangunan baru digunakan pada tahun 1967. Batang pokok pisang itu tertulis huruf singkatan bagi SK Rantau Panjang iaitu ‘SKRP’.

 

LAGU SEKOLAH
 
SKRP yang indah
Hati pesona sentiasa
Wawasan Negara matlamat utama
Kita maju berjaya
Ilmu pedoman hidup
Harta tiada ternilai
Kuatkan azam dan cita-cita
Mencapai matlamat diri
Semangat juang di dada
Kita terus berusaha
Tekun usaha mencapai cita
Kita maju berjaya
Jasa guru disanjung
Budimu tetap dihati
Bermotivasi disiplin tinggi
Amalan suci murni


BENDERA SEKOLAH



 


Warna Bendera


Merah                     Melambangkan kekuatan dan keberanian warganya yang sentiasa berusaha membangunkan sekolah menuju kecemerlangan.

Kuning                    Melambangkan kedaulatan dan ketaatan warganya yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama dan kepatuhan kepada undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Putih                        Melambangkan kesucian murid yang bakal diwarnai dengan ilmu-ilmu pengetahuan oleh guru-guru supaya menjadi modal insan bertaraf dunia.
 
Lambang

Lencana                Lambang @ simbol yang menjadi  kebanggaan sekolah.
 
 
SENARAI NAMA GURU BESAR YANG PERNAH

BERKHIDMAT

Berikut adalah senarai nama Guru Besar yang telah berkhidmat di SK Rantau Panjang :
 
1)    En Abdul Manan                                 1940 – Sekolah Atap Rantau Panjang

2)    En Majid                                              1948 – Sekolah Kebangsaan Sungai Tinggi

3)    En Akasah B Hj Taib                          1950 – Sekolah Kebangsaan Sungai Tinggi

4)    En Yusof B Dahalan                           1960 – SK Sungai Tinggi / SK Rantau Panjang
 
5)    En Zainal Abidin B Fakeh                   1969 – SK Rantau Panjang

6)    En Baharum B Saharudin                   1976 – SK Rantau Panjang

7)    En Sufian B Idris                                 1979 – SK Rantau Panjang

8)    En Akasah B Hj Taib                          1982 – SK Rantau Panjang

9)    En Md Nor B Hj Khairudin                  1983 – SK Rantau Panjang

10) En Abdul Mutalib B Bandut                 1987 – SK Rantau Panjang

11) En Mohd Sharip b Ahmad                  1989 – SK Rantau Panjang

12) En Rosli B Maarof                              1997 – SK Rantau Panjang

13) En Ahmad Badrul Amin B Mohd         2011 – Sekarang
            Saibani
 
 
 
 
 
 
 


















 

0 comments:

Post a Comment